»

Tabung

Sunday, January 16, 2011

Mini i-City kini di Alor Setar


ALOR SETAR - Jika sebelum ini dataran berhadapan dengan Masjid Zahir dipenuhi dengan golongan remaja yang melepak, namun bermula awal bulan lalu suasananya berubah apabila dipenuhi dengan semua peringkat umur.
Tinjauan Sinar Harian Harian pada malam minggu mendapati, keadaan itu berubah setelah terdapatnya pokok tiruan yang dihiasi dengan cahaya lampu berhampiran Balai Nobat dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Pokok lampu bercahaya dipasang sebanyak 14 batang yang diwarnai dengan warna merah, biru, putih dan hijau yang menggamit lebih daripada 500 pengunjung yang bukan sahaja daripada penduduk tempatan malahan dari negeri jiran iaitu Perlis dan Pulau Pinang.

Pengunjung dari Perlis, Syazwani Abdul Karim berkata, dia mengetahui mengenai keindahan malam di bandar raya ini apabila dimaklumkan rakannya yang tinggal di sini.

Syazwani berkata, pemandangan yang dihiasi dengan lampu itu memukau pandangannya dan menyebabkan dia tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di dataran yang turut dipanggil sebagai ‘Mini i-City’.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang tertumpu di Shah Alam untuk melihat keindahan lampu, namun apabila kemudahan ini disediakan di sini pastinya akan menjadi tarikan terbaru bagi Kedah.
“Kini bagi penduduk yang tinggal di sebelah Utara, mereka tidak lagi perlu ke Shah Alam untuk melihat keindahan cahaya lampu kerana kemudahan itu disediakan di negeri jelapang padi.

“Saya yakin jika ia dikekalkan dan dijaga dengan sempurna, ia mampu menjadi produk pelancongan terbaru bagi negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mahukan lampu yang dipasang termasuk di sekitar bandar raya Alor Setar bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 esok (hari ini), akan dikekalkan.

Pengunjung, Dr Okimi Teoh, 58, berkata, lokasi yang dipilih adalah bersesuaian kerana ia adalah salah satu lokasi tarikan pelancong yang datang ke pusat bandar.

Menurutnya, sambutan Hari Keputeraan kali ini sememangnya dilihat begitu meriah apabila ia diraikan bersama masyarakat tempatan.

“Langkah yang dilaksanakan ini amat bagus untuk orang ramai bagi mengisi masa lapang mereka bersama keluarga pada waktu malam namun, ia diharap dapat dikekalkan walaupun tiadanya sebarang perayaan.

“Selain itu, pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan ia sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik untuk memastikan ia sentiasa berfungsi,” katanya.

Che Mahadzir Abd Razak, 41, berkata, sekiranya penambahan lokasi dibuat adalah sangat baik untuk golongan berkeluarga bersantai.

Dia berkata, antara lokasi yang perlu dilakukan pembaharuan yang sama adalah Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti kerana lokasi itu adalah tumpuan golongan berkeluarga melakukan aktiviti riadah pada waktu petang.

Che Mahadzir berkata, apabila adanya lokasi sebegini, ia secara tidak langsung dapat menambah jumlah kemasukan pelancong di Tanah Besar.


Tuesday, January 4, 2011

Facebook : Besarkan gambar hanya arahkan cursor ke gambar dikehendaki

salam semua...

saya ingin berkongsi satu kemudahan yang terdapat dalam mozilla firefox untuk memudahkan kita semasa melayari facebook.
Tahukan anda plugin "facebook photozoom" yang disediakan memudahkan kita zoom gambar kegemaran kita secara automatik apabila kita arahkan cursor pada gambar kegemaran kita.

sila ikut tutorial selanjutnya bagi merasai kemudah plugin "facebook photozoom"


Contoh gambar diatas apabila anda mengarahkan cursor pada gambar "Giant Clash!!" secara automatik gambar tersebut akan besar.



Langkah pertama anda perlu aktif pelayar mozilla firefox, klik "Tool" dan klik "Add-Ons"




Klik pada "Browse All Add-Ons"


 Dalam Kotak search taip"facebook photozoom" selepas itu klik "Add To Firefox"



Klik "Install Now"
Tunggu sehingga installasi habis, setelah habis klik "Restart Firefox" maka lihat hasilnya setelah mozilla firefox anda aktif kembali.

semoga ilmu yang tidak seberapa ini dapat dimanfaat bersama.
sekian...



Sunday, January 2, 2011

Wartawan TV hina orang melayu..

 
DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

  
SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.



Wednesday, December 29, 2010

Dari Semasa ke Semasa: anak mama's blog: trafik melimpah-ruah sampai jamm...

Dari Semasa ke Semasa: anak mama's blog: trafik melimpah-ruah sampai jamm...: "anak mama's blog: trafik melimpah-ruah sampai jammed blog aku: 'http://malaysiastory.com/'"

Apa lagi alasan Indonesia?





APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?

Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.

Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.

Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.

Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.

Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.

Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan. 

Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.

Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?

Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?

Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.

Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?

Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.

Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.

Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.

Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.

Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.

Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.

Tahniah Malaysia!